KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.
Dalam satu nasihat keselamatan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita sahih serta mematuhi arahan dan nasihat pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.
“Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja,” menurut kenyataan itu.
Rakyat Malaysia yang sedang menetap di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melalui pautan Google Form: https://docs.google.com/forms/d/e/1FA|pQLScjS7q9_E46Ti09hHV-oJesfkOlDqt3d-v28jpZq4kZ--oc6g/viewform
- BERNAMA