AGENDA

Dua lelaki warga asing dalang samun bersenjata ditembak mati

25 Jul 2025, 2:01 AM
Dua lelaki warga asing dalang samun bersenjata ditembak mati

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Polis menembak mati dua lelaki warga asing disyaki dalang utama kumpulan samun bersenjata dan pecah rumah dalam kejadian di Jalan Semerah Padi, Cheras, awal pagi tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus berkata hasil risikan mendapati kedua-dua suspek sedang mengenal pasti sasaran baharu sebelum pasukan polis melakukan serbuan kira-kira 3.45 pagi.

“Mereka menaiki sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih dipercayai kenderaan curi pada 2023 di Subang Jaya, dan ketika cubaan memintas, berlaku kejadian berbalas tembakan mengakibatkan kedua-dua suspek maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Fadil berkata pihaknya turut menemukan pelbagai peralatan pecah rumah, sejumlah dadah, dua pucuk senjata api jenis revolver dan separuh automatik dalam kenderaan berkenaan.

Siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu disyaki terbabit dalam 50 kes pecah rumah dan samun bersenjata serta terlibat aktiviti berkaitan dadah sejak 2022, membabitkan kerugian lebih RM3 juta.

Geng penjenayah itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan jenayah di beberapa negeri termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Perak.

Beliau berkata kumpulan terbabit dipercayai mempunyai kira-kira 15 ahli dan polis kini sedang giat mengesan saki-baki ahli kumpulan berkenaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619