ad
AGENSI

Cuti 15 September: Tourism Selangor giat promosi produk pelancongan

25 Jul 2025, 2:00 AM
Cuti 15 September: Tourism Selangor giat promosi produk pelancongan
Cuti 15 September: Tourism Selangor giat promosi produk pelancongan

SUBANG JAYA, 25 JULAI: Tourism Selangor merancakkan lagi promosi produk pelancongan sempena cuti tambahan Hari Malaysia 2025 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Yee Ling berkata berkata pemberian cuti itu akan dimanfaat sepenuhnya agensi berkenaan bagi menarik lebih ramai pelancong sejajar kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025).

“Tourism Selangor mengalu-alukan dengan pengumuman cuti tambahan ini kerana apabila ada cuti berturutan pelancongan domestik akan rancak.

[caption id="attachment_712177" align="alignnone" width="962"] Pengerusi Penganjur Anugerah Industri Pelancongan 2025 (TIA2025) Datuk Emmy Suraya Hussein (lima, kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (lima, kanan) bergambar bersama rakan strategik selepas sidang media Anugerah Industri Pelancongan 2025 di Hotel Sunway Resort pada 24 Julai 2025. Foto Tourism Selangor[/caption]

“Kami akan menawarkan pakej-pakej menarik sempena Bulan Kebangsaan nanti khusunya buat keluarga, kawan-kawan malah syarikat untuk membuat aktiviti ‘team building’ yang juga merupakan antara pakej menarik yang ada untuk melancong di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Anugerah Industri Pelancongan 2025 di Hotel Sunway Resort di sini, semalam.

Rabu lalu, perdana menteri dalam ucapan Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia mengumumkan 15 September sebagai hari kelepasan am tambahan bagi menghargai ukhuwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

Kata Anwar, cuti tambahan itu diberikan sebagai galakan untuk rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.