ad
AGENDA

Kebakaran hutan 24 hektar di Kuala Kubu Bharu berjaya dipadam sepenuhnya

24 Jul 2025, 9:51 AM
Kebakaran hutan 24 hektar di Kuala Kubu Bharu berjaya dipadam sepenuhnya
Kebakaran hutan 24 hektar di Kuala Kubu Bharu berjaya dipadam sepenuhnya

SHAH ALAM, 24 JULAI: Operasi pemadaman api melibatkan hutan sekunder seluas 24 hektar di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu selesai sepenuhnya jam 2.30 petang tadi.

Ketua Zon 6 Selangor Penguasa Bomba Kanan II Mustakim Rimon berkata ketika ini pihaknya masih menjalankan kerja pemantauan di lokasi bagi mengesan bara yang berpotensi menyebabkan kebakaran berulang.

“Kita menggunakan teknik pemadaman 'fire beater' dan 'jet shooter', pengasingan bara dengan kawasan resam, kaedah pengeboman air dari udara menggunakan 6400 liter air serta dron pengesan haba.

[caption id="attachment_712143" align="aligncenter" width="679"] Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menjalankan kerja pemantauan di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu bagi mengesan bara yang berpotensi menyebabkan kebakaran hutan berulang pada 24 Julai 2025. Foto Ihsan JBPM Selangor[/caption]

“Seramai 37 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Rawang ditugaskan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Media Selangor semalam melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berdepan kesukaran memadam kebakaran hutan di Jalan Genting, Kuala Kubu Bharu berikutan faktor keselamatan dan ketiadaan punca air.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 petang kelmarin, namun operasi pemadaman hanya dapat dimulakan semalam.

Menurutnya, Unit Udara JBPM turut digerakkan menggunakan helikopter AW189 susulan kekurangan sumber air di kawasan berkenaan yang terletak kira-kira 39km jauh ke dalam hutan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.