ad
PBT

MPAJ anjur pertandingan tarian tradisional, iktiraf murid berkeperluan khas

24 Jul 2025, 1:00 AM

AMPANG JAYA, 24 JULAI: Sekolah Kebangsaan Sri Kelana (SKSK), Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya (SMK Kelana Jaya) dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Penyayang dinobatkan juara Pertandingan Tarian Tradisional dan Kreatif Murid Berkeperluan Khas dan PDK di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam.

Pertandingan anjuran MPAJ itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Yayasan Warisan Anak Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari berkata tiga kategori dipertandingkan iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan PDK dengan juara membawa pulang wang tunai RM1,000.

"Pertandingan ini merupakan satu usaha MPAJ untuk mengiktiraf dan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas.

[caption id="attachment_712041" align="alignleft" width="500"] Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari berucap ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Malah, tujuan pertandingan juga untuk membentuk kemenjadian anak ini dalam pelbagai aspek terutama kebudayaan dan kesenian. Tahniah kepada semua pemenang," katanya berucap merasmikan pertandingan itu.

Jelas Hasrolnizam, 34 sekolah termasuk PDK terdiri daripada 14 kumpulan kategori sekolah rendah diikuti masing-masing 10 kumpulan sekolah menengah dan PDK seluruh Selangor menyertai pertandingan itu.

"Pertandingan mendapat sambutan menggalakkan dan turut disertai sekolah luar kawasan Ampang Jaya. Lebih 400 orang termasuk peserta, guru dan ibu bapa hadir memberi sokongan," katanya.

Antara kriteria yang diambil kira dalam pemarkahan adalah koreografi, kreativiti, keserasian termasuk busana dan tatarias. Hadiah wang tunai RM1,000 kepada juara, naib johan (RM700) dan tempat ketiga (RM500).

[caption id="attachment_712043" align="aligncenter" width="1189"] Persembahan tarian peserta sekolah rendah ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori PDK

1. PDK Penyayang

2. PDK Rumah Sayangku

3. PDK Cahaya Kasih

- PDK Kami (Busana Terbaik)

- PDK Taman Ehsan (Anugerah Khas Juri)

Kategori Murid Berkeperluan Khas Sekolah Rendah

1. SK Sri Kelana

2. SK Sungai Buloh

3. SK Taman Tasik

- SK Taman Permata (Busana Terbaik)

- SK Dusun Tua (Anugerah Khas Juri)

Kategori Murid Berkeperluan Khas Sekolah Menengah

1. SMK Kelana Jaya

2. SMK Cheras Jaya

3. SMK Meru

- SMK Cheras Jaya (Busana Terbaik)

- SMK Seri Selayang (Anugerah Khas Juri

[caption id="attachment_712047" align="aligncenter" width="1200"] Persembahan tarian PDK Bukit Changgang, Banting ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_712049" align="aligncenter" width="1116"] Timbalan Yang Dipertua MPAJ Hasrolnizam Shaari menyampaikan cek cura kepada johan kategori sekolah menengah ketika Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional dan
Kreatif Murid Berkeperluan Khas di Menara Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Ampang Jaya pada 23 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.