AGENDA

Peluasan Jualan Rahmah MADANI bantu lebih ramai penduduk jimat belanja dapur

23 Jul 2025, 11:00 AM
Peluasan Jualan Rahmah MADANI bantu lebih ramai penduduk jimat belanja dapur
Peluasan Jualan Rahmah MADANI bantu lebih ramai penduduk jimat belanja dapur
Peluasan Jualan Rahmah MADANI bantu lebih ramai penduduk jimat belanja dapur
Peluasan Jualan Rahmah MADANI bantu lebih ramai penduduk jimat belanja dapur

SHAH ALAM, 23 JUL: Program Jualan Rahmah MADANI yang diperluas ke seluruh negara dijangka memberi lebih banyak akses kepada penduduk Selangor mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan yang dilihat selari dengan pelaksanaan Jualan Ehsan Rahmah (JER) oleh Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKPS).

[caption id="attachment_710685" align="aligncenter" width="739"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim ditemu bual di pejabatnya di Bangunan Pentadbiran Negeri, Shah Alam pada 16 Julai 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita alu-alukan penganjuran Jualan Rahmah MADANI kerana ia memberi manfaat besar kepada penduduk. Yang penting ia mampu mengurangkan kos sara hidup.

“Dalam masa sama JER tetap diteruskan. Jadi penduduk ada banyak akses untuk membeli keperluan termasuk di Ehsan Mart. Harga sangat berpatutan berbanding pasaran,” katanya kepada Media Selangor.

Pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan bagi Jualan Rahmah MADANI 2025 ditingkatkan dua kali ganda kepada RM600 juta, berbanding RM300 juta sebelum ini.

Langkah itu bertujuan menambah kekerapan jualan serta memperluas liputan lokasi melibatkan kesemua 600 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara.

Di Selangor, Jualan Ehsan Rahmah (JER) dilaksana sejak 2022 bagi membantu penduduk berdepan tekanan kos sara hidup. Tahun ini, Kerajaan Negeri memperuntuk RM30 juta bagi meneruskan inisiatif jualan barangan asas murah itu.

[caption id="attachment_711146" align="aligncenter" width="800"] Orang ramai membeli barangan barangan keperluan asas murah ketika program Jualan Ehsan Rahmah peringkat DUN Sementa di Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali, Klang pada 31 Disember 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 cawangan Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Ketika ini, premis sudah beroperasi di Sungai Tua dan Pandan Indah, manakala satu lagi bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya yang dikendalikan PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran biasa.

Sebagai penambahbaikan kepada JER, Ehsan Mart disasarkan beroperasi di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

[caption id="attachment_666715" align="aligncenter" width="782"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619