AGENDA

Tiga suspek larikan seorang lelaki dalam pergaduhan di Puchong

23 Jul 2025, 12:24 AM
Tiga suspek larikan seorang lelaki dalam pergaduhan di Puchong

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Polis sedang mengesan tiga suspek lelaki yang melarikan seorang lelaki tempatan dalam insiden pergaduhan di Jalan Persiaran Puchong Permai, Puchong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 6.38 petang mengenai seorang lelaki dibawa masuk ke dalam sebuah lori oleh beberapa individu.

"Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kejadian berkenaan dan usaha mengesan ketiga-tiga suspek serta mangsa sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan semalam.

Wan Azlan berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp G. Dinesh di talian 011-33094457 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di 03-78627222 / 03-78627100.

Terdahulu tular video berdurasi 15 saat yang memaparkan kejadian itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619