ad
PBT

MBSA gempur pusat komersial Seksyen 15, enam premis diarah tutup, warga asing ditahan

22 Jul 2025, 3:04 PM

Oleh Muhammad Haziq Roshidi 

SHAH ALAM, 22 JULAI: Enam premis perniagaan di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15 di sini. diarahkan tutup serta-merta kerana melanggar syarat lesen antaranya dikendalikan warga asing.

Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata empat daripada premis itu adalah kedai runcit manakala dua lagi merupakan restoran serta pusat cuci kenderaan.

"Kita arah tutup kerana premis ini dikendalikan warga asing, menjual haiwan hidup dan tidak mempunyai lesen perniagaan sah.

"Pemilik premis diarahkan berjumpa dengan MBSA dalam tempoh 14 hari bagi memberi penjelasan. Secara   keseluruhannya 89 premis perniagaan diperiksa dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor," katanya pada sidang media selepas menyertai operasi hari ini.

Mohd Fauzi berkata tindakan berkenaan dilaksanakan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (MBSA) 2007 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007.

Terdahulu, operasi hampir dua jam melibatkan seramai 150 anggota dan pegawai MBSA itu turut disertai 27 anggota dan pegawai JIM diketuai Timbalan Pengarah (Kawalan) JIM Selangor Mohmad Khusairi Kamarudin.

[caption id="attachment_711846" align="aligncenter" width="694"] Datuk Bandar Shah Alam Dato' Mohd Fauzi Mohd Yatim memeriksa premis perniagaan di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711847" align="aligncenter" width="694"] Ratusan warga asing diperiksa dalam operasi di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711851" align="aligncenter" width="694"] Warga asing ditahan dalam operasi di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711860" align="aligncenter" width="694"] Warga asing ditahan dalam operasi di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711848" align="aligncenter" width="694"] Ratusan warga asing diperiksa dalam operasi di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_711850" align="aligncenter" width="694"] Warga asing ditahan dalam operasi di Pusat Komersial Dataran Otomobil Seksyen 15, Shah Alam pada 22 Julai 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.