AGENDA

AFF B-23: Malaysia bertemu Indonesia malam ini, 1,620 anggota keselamatan ditugaskan

21 Jul 2025, 9:55 AM
AFF B-23: Malaysia bertemu Indonesia malam ini, 1,620 anggota keselamatan ditugaskan

JAKARTA, 21 JULAI: Hampir 1,620 pegawai dan anggota keselamatan ditugaskan ketika perlawanan Kumpulan A Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) bawah 23 tahun (B-23) antara Indonesia dan Malaysia di Jakarta Pusat malam ini, menurut polis.

Aksi ketiga kumpulan itu dijadual berlangsung pada 8 malam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia) di Stadium Utama Gelora Bung Karno (GBK), Kompleks Sukan Senayan.

“Anggota terdiri daripada polis Metro Jaya, rakan dari tentera dan beberapa pegawai dari Ibu Pejabat Polis Indonesia,” kata jurucakap Polis Daerah Metro Jaya, Komisioner Ade Ary Syam Indradi dalam kenyataan.

Beliau berkata pengurusan lalu lintas di sekitar kawasan stadium akan dilaksanakan mengikut keperluan dan situasi semasa.

Sementara itu, skuad B-23 Malaysia kini memburu slot ke separuh akhir dalam aksi terakhir kumpulan A menentang tuan rumah, B-23 Indonesia, selepas tewas 0-2 kepada B-23 Filipina dalam perlawanan pembukaan Selasa lalu, namun bangkit dengan kemenangan besar 7-1 ke atas B-23 Brunei pada Jumaat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619