AGENDA

Lelaki rentung flat terbakar di Jalan Hang Tuah

21 Jul 2025, 4:41 AM
Lelaki rentung flat terbakar di Jalan Hang Tuah

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit flat di Jalan Hang Tuah di sini pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.54 pagi, sebelum 14 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah bergegas ke lokasi.

Kebakaran menyebabkan kemusnahan unit di tingkat 10 flat berkenaan yang berkeluasan kira-kira 6 x 6 meter.

"Kebakaran berjaya dikawal pada 3.10 pagi dan mangsa berusia 50-an ditemui dalam bilik air.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih dalam siasatan," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619