AGENDA

PM: Penghargaan luar biasa buat rakyat diumum esok atau Rabu

21 Jul 2025, 4:16 AM
PM: Penghargaan luar biasa buat rakyat diumum esok atau Rabu

PUTRAJAYA, 21 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat dijangka diumumkan pada esok atau Rabu ini.

Beliau berkata sedikit lagi masa diperlukan untuk meneliti pengumuman yang bakal dibuat susulan permukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.

"Permukiman itu tentang menjelaskan dasar-dasar kerajaan, di samping itu juga mendengar pandangan dan keluhan masyarakat, yang kemudian menuntut saya untuk memikirkan perubahan-perubahan dan pengumuman yang perlu untuk meredakan tuntutan ini.

"Saya katakan dalam sehari dua ini saya perlu umum (sama ada dalam bentuk langkah tambahan atau sebagainya), tetapi perkara itu memerlukan sedikit masa untuk diteliti," kata beliau pada perjumpaan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.

Pada 19 Julai lepas di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Anwar memberikan bayangan bahawa penghargaan luar biasa yang akan diumumkan melibatkan langkah kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang semakin membebankan. - BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619