AGENDA

Keselamatan penunggang basikal: Komuniti seru kerjasama semua pihak

21 Jul 2025, 2:00 AM
Keselamatan penunggang basikal: Komuniti seru kerjasama semua pihak
Keselamatan penunggang basikal: Komuniti seru kerjasama semua pihak
Keselamatan penunggang basikal: Komuniti seru kerjasama semua pihak
Keselamatan penunggang basikal: Komuniti seru kerjasama semua pihak

OLEH UFAIRAH MOHD TARMIDZI

KUALA LUMPUR, 21 JULAI: Komuniti berbasikal di Malaysia terus komited meningkatkan kesedaran awam dan keselamatan penunggang basikal, selaras dengan penggunaan basikal yang semakin meluas sebagai pengangkutan mesra alam.

Bercakap kepada pemberita selepas sesi townhall "Jalan Raya Bukan Milik Geng Basikal?" semalam, Naib Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Khairy Jamaluddin berkata, semua cadangan yang diterima akan digunakan untuk menyediakan laporan kepada pihak berkaitan.

“Kita juga akan adakan sesi dengan pemegang taruh dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya usaha ini dapat dijalankan dengan baik.

[caption id="attachment_711489" align="aligncenter" width="699"] Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Khairy Jamaluddin bercakap ketika Sesi Town Hall Jalan Raya Bukan MIlik Geng Basikal di IWK Eco Park, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Komitmen komuniti berbasikal penting untuk bantu tingkatkan kesedaran dan sokong usaha negara kurangkan pengeluaran karbon,” katanya.

Presiden Bikeisable Anak Syurga, Wira Sudepja Rabu pula berkata sesi itu memberi ruang kepada masyarakat untuk berkongsi pandangan dalam membantu pembentukan dasar yang menyokong kesejahteraan komuniti berbasikal.

“Ini permulaan yang baik untuk mendidik penunggang menjadi lebih berhemah dan berilmu.

“Aktiviti berbasikal membawa banyak manfaat bukan sahaja dari segi kesihatan, tapi juga untuk gaya hidup sihat,” katanya.

[caption id="attachment_711490" align="aligncenter" width="712"] Presiden Bikeisable Anak Syurga, Wira Sudepja Rabu bercakap kepada media selepas Sesi Town Hall Jalan Raya Bukan MIlik Geng Basikal di IWK Eco Park, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Penunggang basikal, Ahmad Aliff Abdullah Ramlan, 30, pula berkata pendedahan seperti ini penting untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pihak berkuasa dan orang ramai.

“Penguatkuasa dan pengguna jalan raya perlu sedar bahawa penunggang basikal juga pengguna jalan raya yang sah. Kerjasama semua pihak penting untuk pastikan keselamatan bersama,” katanya.

Terdahulu, sesi berlangsung selama lebih satu jam di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur itu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PKBM dan badan gabungan.

[caption id="attachment_711488" align="aligncenter" width="699"] Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JSPT Bukit Aman, Khairul Azhar Ismail bercakap ketika Sesi Town Hall Jalan Raya Bukan MIlik Geng Basikal di IWK Eco Park, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619