AGENDA

Polis serbu parti liar, penuntut IPTS antara 38 ditahan

20 Jul 2025, 3:40 PM
Polis serbu parti liar, penuntut IPTS antara 38 ditahan

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Polis menahan 38 individu termasuk pelajar institut pengajian tinggi swasta serta warga asing dalam “private party” di kediaman mewah di Subang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata dalam operasi pada 12.30 tengah malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya itu, polis turut merampas 6.5 gram dadah disyaki ganja dan 1.7 gram ketamin.

“Kesemua ditahan berumur antara 18 hingga 27 tahun termasuk 13 warga asing dengan empat daripadanya berusia antara 21 hingga 25 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati 12 daripada mereka positif terhadap dadah.

“Mereka terdiri daripada sembilan warga tempatan dan tiga warga asing yang kini ditahan untuk siasatan lanjut, manakala yang lain dibebaskan,” katanya.

Wan Azlan meminta orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah, khususnya membabitkan penyalahgunaan dadah dan penganjuran parti persendirian haram bagi membantu membanteras gejala itu.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619