AGENDA

Terperangkap arus sungai deras, bomba selamat 12 individu termasuk lima kanak-kanak

20 Jul 2025, 3:13 PM
Terperangkap arus sungai deras, bomba selamat 12 individu termasuk lima kanak-kanak

ALOR SETAR, 20 JULAI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan 12 individu termasuk lima kanak-kanak yang terperangkap akibat arus sungai deras di sebuah dusun di Changlun, dekat Kubang Pasu, hari ini

Pusat Gerakan Operasi JBPM Kedah dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian terdapat mangsa terperangkap di kawasan hutan berkenaan dan tidak dapat menyeberangi sungai akibat arus sungai deras pada 8.24 malam tadi.

"Setibanya di lokasi, terdapat empat keluarga yang terdiri daripada dua lelaki, lima wanita, dua kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan yang terperangkap di seberang sungai dan tidak dapat menyeberanginya akibat arus yang deras.

"Anggota bomba telah menggunakan tali untuk membawa kesemua mangsa ke seberang dengan selamat berikutan air sungai yang semakin surut. Semua mangsa selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Operasi disertai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam bersama dua jentera itu tamat sepenuhnya pada 9.38 malam.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619