ADN

Semarak Hari Kebangsaan, DUN Kota Anggerik edar 1,000 Jalur Gemilang

20 Jul 2025, 2:38 PM
Semarak Hari Kebangsaan, DUN Kota Anggerik edar 1,000 Jalur Gemilang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik mengedarkan 1,000 jalur Gemilang sempena sambutan Hari kebangsaan yang bakal diraikan bulan depan.

Ahli Dewan Negerinya, Mohd Najwan Halimi berkata siri jelajah penyerahan bendera itu sebagai simbol untuk memupuk semangat perpaduan dan kecintaan kepada negara dalam semua peringkat umur.

“Pagi ini saya mulakan siri Jelajah Edaran Jalur Gemilang DUN Kota Anggerik sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam.

“Usai menikmati sarapan pagi bersama wakil peniaga, saya seterusnya menyerahkan sumbangan bendera Jalur Gemilang kepada wakil persatuan peniaga yang akan dimanfaatkan untuk menghiasi persekitaran pasar sempena sambutan bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini,” kongsinya di Facebook.

Dalam masa sama, beliau turut menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Pengerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Moden Seksyen 6 sebagai sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti persatuan sepanjang tahun ini.

Program ini merupakan antara inisiatif tahunan DUN Kota Anggerik menjelang sambutan Hari Kebangsaan, bertujuan menggalakkan penglibatan komuniti dalam menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk rasa bangga terhadap identiti kebangsaan.

Inisiatif tersebut turut memberi peluang kepada wakil rakyat mendekati masyarakat setempat, khususnya golongan peniaga yang memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.

Program edaran Jalur Gemilang dijangka diteruskan di beberapa lokasi lain dalam kawasan DUN Kota Anggerik sepanjang bulan Ogos sebagai kesinambungan kempen semarak kemerdekaan tahun ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619