AGENDA

Banting, Johan Setia kekal catat IPU tidak sihat setakat 6 petang

20 Jul 2025, 10:18 AM
Banting, Johan Setia kekal catat IPU tidak sihat setakat 6 petang

SHAH ALAM, 20 JULAI: Dua kawasan di Selangor iaitu Banting dan Johan Setia mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 6 petang ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar (JAS) kedua-dua kawasan tersebut merekodkan bacaan 153.

Empat lawasan lain yang turut merekodkan IPU tidak sihat adalah Nilai (162), Putrajaya (151), Alor Gajah (135) dan Temerloh (116).

Selain itu, 56 kawasan mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan jerebu rentas sempadan didapati melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia ketika ini.

Menurut Dr Mohd Hisham Mohd Anip, 79 titik panas di kawasan Sumatera berkemungkinan, menjadi punca kepada keadaan berjerebu itu yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata antara tindakan yang perlu dilaksanakan oleh agensi berkaitan jika bacaan IPU semakin meningkat ialah:

  • Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah, negeri, pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam
  • Semua aktiviti di luar bilik darjah dihentikan apabila bacaan IPU melebihi 100.
  • Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan.
  • Operasi pembenihan awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619