AGENSI

Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor ditubuh, subur syiar Islam

20 Jul 2025, 8:20 AM
Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor ditubuh, subur syiar Islam
Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor ditubuh, subur syiar Islam

PETALING JAYA, 20 JULAI: Kerajaan Negeri memperuntukan dana RM3 juta untuk menubuhkan Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS).

Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) negeri Dato’ Johary Anuar berkata pusat tersebut memperkukuhkan usaha mengembangkan pengajian kitab selain memastikan pegangan Ahli Sunah Waljamaah terus subur di Selangor.

"PETUNAS dibangunkan di kawasan tapak bekas Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya. Penubuhannya hasil usaha pentadbiran negeri mengumpul khazanah ilmu dalam mendepani cabaran dan kekeliruan berkaitan Islam di zaman moden.

“Saya percaya dengan penubuhan pusat ini gerakan kita mengembangkan kitab turath yang warisan ilmu Islam dan khazanah yang sangat bernilai. Pengajian kitab ulama silam perlu digilap dan diangkat sebagai pedoman kita semua,” katanya.

Berucap pada majlis perasmian, Johary turut merakam penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor atas segala usaha membina pusat itu mengikut jadual yang ditetapkan.

“UPEN membentang kertas kerja cadangan pembangunan pada Majlis Agama Islam Selangor (Mais). Kemudian, Jabatan Kehakiman Syariah meluluskan pembinaan pusat ini di tapak bekas Kompleks Mahkamah Rendah Syariah di Petaling Jaya.

“Melalui sokongan JKR Selangor, pembangunan berjaya disiapkan pada bulan ini sempena penganjuran Festival Turath Islami Selangor yang sedang berlangsung dalam tempoh tiga bulan sejak April,” katanya lagi.

[caption id="attachment_711354" align="alignnone" width="704"] Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS) di Petaling Jaya. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619