AGENDA

Lelaki mengaku tidak salah cederakan mangsa guna sabit di kedai kopi

20 Jul 2025, 7:19 AM
Lelaki mengaku tidak salah cederakan mangsa guna sabit di kedai kopi

KOTA BHARU, 20 JULAI: Seorang bapa kepada tiga anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan sabit di sebuah kedai kopi di sini, 5 Jun lepas.

Mohd Yusaini Mohd Yussof, 37, mengaku tidak bersalah mencederakan Kamaruddin Sha'ari, 40, setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Dia dituduh dengan sengaja mencederakan dahi dan bawah mata sebelah kanan Kamaruddin menggunakan sabit di sebuah kedai kopi di Simpang Empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini pada 7.45 petang, 5 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Naabil Mohamed Asri, manakala tertuduh diwakili peguam Muhamad Fiqri Muhamad.

Majistret Rais Imran menawarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan syarat tambahan, iaitu tidak boleh mendekati, menghampiri dan mengacau ganggu mangsa serta saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes pada 10 Ogos depan.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619