AGENDA

'Doktor' disiasat perdaya remaja serah gambar bogel melalui Telegram

20 Jul 2025, 4:20 AM
'Doktor' disiasat perdaya remaja serah gambar bogel melalui Telegram

IPOH, 20 JULAI: Polis menyiasat dua laporan melibatkan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diperdaya menyerahkan gambar bogel kepada individu yang kononnya "doktor" melalui aplikasi Telegram.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata siasatan awal mendapati mangsa menyerahkan beberapa keping gambar bogel selepas diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai perubatan.

Beliau berkata suspek dipercayai menghubungi mangsa melalui Telegram dan memperkenalkan diri sebagai doktor yang menjalankan pemeriksaan kesihatan.

"Mangsa diminta memberikan maklumat diri dan keluarga serta menghantar beberapa keping gambar tanpa pakaian kononnya bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.

“Suspek menyatakan hanya perlu menggunakan gambar mangsa sahaja tanpa pemeriksaan secara fizikal. Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas itu membuat laporan polis kerana bimbang gambar peribadinya tersebar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata, ibu bapa dan masyarakat disaran lebih peka terhadap isu semasa berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali.

“Orang ramai juga disaran mengaktifkan ciri keselamatan two-step verification pada aplikasi Telegram sebagai langkah melindungi akaun media sosial dan platform komunikasi.

"Kita telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawarah di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis (IPD) Manjung di talian 05-688 6222, selain hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619