AGENDA

Lelaki lepas tembakan ketika cubaan samun di Seri Alam diburu

20 Jul 2025, 3:24 AM
Lelaki lepas tembakan ketika cubaan samun di Seri Alam diburu

JOHOR BAHRU, 20 JULAI: Polis sedang melakukan siasatan bagi mengesan seorang lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dalam cubaan samun di sebuah premis di Taman Megah Ria, Seri Alam, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku pada 7.10 malam dan identiti lelaki tempatan itu sedang dikenal pasti.

"Suspek telah memasuki premis dengan mengacukan sejenis objek menyerupai pistol ke arah mangsa sambil mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai.

"Suspek melepaskan satu das tembakan di luar premis sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal dari kawasan kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa dilaporkan dalam kejadian itu.

Mohd Sohaimi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah Seri Alam melalui talian 07-3871422 atau hotline 07-38614222 atau melaporkannya di balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup di laman sosial Facebook yang memaparkan lelaki terbabit melarikan diri menggunakan motosikal dan memegang objek dipercayai pistol.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619