AGENDA

Dua kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat setakat 11 malam

19 Jul 2025, 3:36 PM
Dua kawasan di Selangor catat IPU tidak sihat setakat 11 malam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Empat kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 11 malam ini, menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Kawasan tersebut adalah Johan Setia, Klang yang merekodkan bacaan 156 manakala Banting (109). Turut mencatat IPU tidak sihat dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson (153) dan Nilai (130).

Sementara itu, 57 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan, jerebu rentas sempadan didapati melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia ketika ini.

Menurut Dr Mohd Hisham Mohd Anip, 79 titik panas di kawasan Sumatera berkemungkinan, menjadi punca kepada keadaan berjerebu itu yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.

Jelasnya, ia berdasarkan laporan analisis daripada imej satelit NOAA-20 semalam, yang dikeluarkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619