ad
AGENDA

Banting, Johan Setia, Port Dickson catat IPU tidak sihat setakat 9 malam

19 Jul 2025, 1:54 PM
Banting, Johan Setia, Port Dickson catat IPU tidak sihat setakat 9 malam

SHAH ALAM, 19 JULAI: Dua kawasan di Selangor iaitu Johan Setia dan Banting mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 malam ini.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johan Setia merekodkan bacaan 152 manakala Banting (103).

Selain itu, Port Dickson di Negeri Sembilan turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 152.

Sementara itu, 58 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana antara 51 hingga 100.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan, jerebu rentas sempadan didapati melanda beberapa negeri pantai barat Semenanjung Malaysia ketika ini.

Menurut Dr Mohd Hisham Mohd Anip, 79 titik panas di kawasan Sumatera berkemungkinan, menjadi punca kepada keadaan berjerebu itu yang dibawa oleh tiupan angin barat daya.

Jelasnya, ia berdasarkan laporan analisis daripada imej satelit NOAA-20 semalam, yang dikeluarkan Asean Specialized Meteorological Centre (ASMC).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.