AGENDA

Pindaan Akta Finas 1981 dijangka perkukuh industri kandungan digital negara

18 Jul 2025, 3:11 PM
Pindaan Akta Finas 1981 dijangka perkukuh industri kandungan digital negara

KUALA LUMPUR, 18 JUL: Cadangan pindaan terhadap Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 menjadi antara agenda utama yang dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan timbalannya Teo Nie Ching bersama Ahli Lembaga Perbadanan Finas, semalam.

Teo, menerusi satu hantaran di Facebook malam ini, berkata cadangan pindaan itu dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan akta sedia ada terus relevan dengan perkembangan pesat teknologi serta trend baharu dalam penghasilan kandungan digital.

“Dengan komitmen dan kerjasama semua pihak, saya yakin industri kreatif negara berupaya berkembang dengan lebih pesat, inklusif dan mampan.

“Finas akan terus memainkan peranan penting dalam membina ekosistem yang menyokong bakat tempatan, mendorong inovasi serta mengangkat Malaysia sebagai hab kandungan serantau yang disegani,” katanya.

Pertemuan berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Dalam pada itu, Teo turut menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan membanggakan Ejen Ali The Movie 2 yang kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman negara.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada drama siri Bidaah yang mencatat lebih 2.5 bilion tontonan menerusi platform digital dan media sosial.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619