ad
EXCO

Karnival anak sihat hujung minggu ini tawar aktiviti menarik buat sekeluarga

17 Jul 2025, 7:04 AM
Karnival anak sihat hujung minggu ini tawar aktiviti menarik buat sekeluarga
Karnival anak sihat hujung minggu ini tawar aktiviti menarik buat sekeluarga

SHAH ALAM, 17 JULAI: Ibu bapa di Selangor dipelawa membawa anak-anak menyertai Karnival Anak Selangor Anak Sihat yang berlangsung di dua tempat hujung minggu ini.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada Sabtu di Kompleks Kita B3, Seksyen 24, Shah Alam dan Ahad di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sentosa, Klang dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berkata pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga termasuk senamrobik, pemeriksaan BMI dan konsultasi bersama pakar nutrisi.

Turut diadakan aktiviti memasak sihat melalui program “Chef Asas”, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun danpertandingan lompat tali.

Selain itu, 150 pengunjung terawal setiap hari akan menerima beg cenderamata, manakala 50 peserta terawal pertandingan mewarna akan menerima pensel warna percuma.

Orang ramai disaran merebut peluang ini untuk menyokong gaya hidup sihat bersama anak-anak dalam suasana yang menyeronokkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.