AGENDA

SIWANIS cungkil bakat kepimpinan, buka peluang wanita jadi pemimpin

17 Jul 2025, 3:06 AM
SIWANIS cungkil bakat kepimpinan, buka peluang wanita jadi pemimpin
SIWANIS cungkil bakat kepimpinan, buka peluang wanita jadi pemimpin

SHAH ALAM, 17 JULAI: Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) yang dianjur sejak dua tahun lalu dapat mencungkil bakat kepemimpinan sekali gus membuka peluang kepada wanita terlibat sebagai pembentuk dasar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program memasuki kohort ketiga itu memberi ruang yang luas untuk pemimpin wanita menjadi wakil rakyat sama ada menjadi ahli dewan negeri (ADN) mahupun ahli parlimen.

“SIWANIS bertujuan mencapai 50 peratus perwakilan wanita di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sambil membentuk barisan pemimpin wanita yang berwibawa dalam isu dasar dan tadbir urus ke arah kesaksamaan gender,” katanya menerusi Facebook semalam.

[caption id="attachment_710775" align="aligncenter" width="1202"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bertemu perwakilan wanita dalam Sidang Wanita Negeri Selangor (SIWANIS) di Shah Alam pada 16 Julai 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Ketika bertemu perwakilan SIWANIS, Amirudin berkata beliau menekankan kepentingan suara wanita selain peranan mereka dalam kepimpinan dan tadbir urus negara semakin diiktiraf.

“Mengambil contoh kepimpinan Jacinda Ardern sebagai Perdana Menteri New Zealand, bukti bahawa wanita bukan sekadar pelengkap tetapi pemimpin berkaliber,” katanya.

Tahun ini, SIWANIS disertai 74 wanita berusia 18 hingga 45 tahun. Mereka akan menjalani dua siri bengkel utama yang memberi pendedahan terhadap proses penggubalan dasar menerusi lensa gender serta pemahaman undang-undang tubuh dan peraturan DUN.

Daripada jumlah tersebut, 56 peserta terbaik akan dipilih menyertai fasa lanjutan merangkumi sesi lawatan lapangan bersama ADN sebagai mentor, syarahan khas, simulasi persidangan serta perbahasan utama yang berlangsung 12 Ogos ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619