ad
AGENDA

Israel lancar serangan ke atas Damsyik, Istana Presiden antara sasaran

16 Jul 2025, 2:50 PM
Israel lancar serangan ke atas Damsyik, Istana Presiden antara sasaran

ISTANBUL, 16 JUL: Tentera Israel melancarkan gelombang serangan udara terbaharu ke atas ibu negara Syria, Damsyik pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.

Agensi berita Syria SANA melaporkan serangan udara itu menyasarkan Kompleks Staf Am dan Istana Presiden yang dikenali sebagai Qasr al-Shaab di ibu negara.

Beberapa video yang tular di media sosial turut memaparkan detik-detik serangan Israel di Damsyik dengan asap tebal kelihatan menjulang dari kawasan terlibat.

Serangan itu berlaku tidak lama selepas Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, berikrar untuk melancarkan “serangan hebat” ke atas Damsyik.

- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.