AGENDA

Suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga direman tiga hari

16 Jul 2025, 7:20 AM
Suami isteri pengasas program motivasi rumah tangga direman tiga hari

SHAH ALAM, 16 JULAI: Suami isteri yang juga pengasas program motivasi rumah tangga antara enam individu yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes penganjuran program motivasi dengan pengisian tidak bermoral.

Perintah reman terhadap semua suspek yang terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki dikeluarkan Majistret Ameera Mastura Khamis di sini hari ini.

Kesemua individu berusia 26 hingga 47 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 dan 294 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

Semalam, Ketua Polis Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan pasangan pengasas itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam selepas memberi keterangan di IPD Petaling Jaya.

Peguam Datuk M Reza Hassan yang mewakili pasangan itu turut mengesahkan perkara berkenaan.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata pihaknya akan memanggil semua peserta yang menghadiri program motivasi rumah tangga itu bagi membantu siasatan selepas menerima laporan kandungan program didakwa menyimpang daripada norma masyarakat.

Hussein berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil selepas siasatan awal membuka kertas enkuiri polis (KEP).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619