AGENDA

Penemuan mayat lelaki dalam gaung diklasifikasi kes bunuh

14 Jul 2025, 12:28 AM
Penemuan mayat lelaki dalam gaung diklasifikasi kes bunuh

IPOH, 14 JULAI: Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki di dalam gaung di Kampung Batu 23, Jalan Pahang dekat Tapah semalam sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Johari Yahya berkata ia susulan hasil bedah siasat yang dijalankan Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pagi tadi yang mendapati punca kematian mangsa akibat dipukul dengan objek tumpul.

"Terdapat kesan lebam dan luka lecet pada kepala, muka, dada, belakang badan serta kedua-dua tangan mangsa dan punca kematian adalah disebabkan multiple blunt trauma akibat dipukul dengan senjata tumpul," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Johari berkata sehubungan itu, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Beliau berkata polis telah mengambil cap jari mangsa untuk mendapatkan identiti lelaki itu yang ditemukan berkemeja-T dan berseluar pendek hitam dalam keadaan terbaring di bawah tebing setinggi 15 meter di tepi jalan berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil di balai polis berdekatan atau terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4011222,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619