AGENDA

Isu jual arak di sekolah, KPM serah pihak berkuasa siasat

12 Jul 2025, 10:48 AM
Isu jual arak di sekolah, KPM serah pihak berkuasa siasat

KUALA TERENGGANU, 12 JULAI: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat insiden penjualan arak di sebuah premis dalam kawasan sekolah seperti yang tular baru-baru ini.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau pelanggaran peraturan yang melibatkan institusi pendidikan.

“Kita dah serahkan kepada pihak autoriti untuk menyiasat dan kita tidak kompromi dalam mana-mana salah laku ataupun pelanggaran peraturan. Kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian penutup Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Terengganu, di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan juga masih dijalankan pihak berkuasa termasuk insiden pergaduhan semasa majlis lelongan itu diadakan dan KPM akan memantau perkembangan kes itu dari semasa ke semasa bagi memastikan ketetapan peraturan ditegaskan semula serta tindakan yang perlu.

Tular baru-baru ini, fasiliti sebuah sekolah rendah di Pontian, Johor digunakan bagi penganjuran jualan lelong arak sehingga mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat dan dilaporkan turut berlaku kes pergaduhan dalam majlis itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619