AGENDA

Empat wanita cedera bas ekspres ke KLIA langgar belakang treler

12 Jul 2025, 1:50 AM
Empat wanita cedera bas ekspres ke KLIA langgar belakang treler

SEREMBAN, 12 JULAI: Empat wanita cedera ringan selepas bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah lori treler di Kilometer 243.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau Mohd Kassim Arippin berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu pada 2.52 pagi.

Beliau berkata bas berkenaan membawa 30 penumpang terdiri daripada 13 lelaki, 16 wanita dan seorang kanak-kanak dalam perjalanan dari Larkin, Johor ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Daripada jumlah itu, empat wanita mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan awal oleh Pasukan Kecemasan Operasi (PKO) sebelum ketibaan ambulans di lokasi kejadian.

“Penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari bas sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Pemandu bas dan lori treler juga dilaporkan selamat,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat yang membabitkan 16 anggota dari BBP Rembau, Kota dan Senawang tamat pada 4.05 pagi.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619