AGENSI

Dusun Tua, Sijangkang antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

11 Jul 2025, 1:00 PM
Dusun Tua, Sijangkang antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok
Dusun Tua, Sijangkang antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok
Dusun Tua, Sijangkang antara lima lokasi Jualan Ehsan Rahmah esok

SHAH ALAM, 11 JULAI: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di lima lokasi esok.

Bermula 9 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam seekor (RM10), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM8 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM12).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM14) dan lampin bayi pakai buang (RM10).

Berikut lokasi JER esok:

Belanjawan 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER tahun ini, sekali gus membuktikan tekad pentadbiran negeri meringankan beban kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah.

JER dijadual berlangsung di lebih 1,700 pada termasuk jualan mega semasa musim perayaan dinaikkan dari dua kepada enam kali tahun ini.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

[caption id="attachment_685822" align="aligncenter" width="1087"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

PKPS juga melancarkan Pasaraya Ehsan Mart di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dan Pandan Indah. Pasar raya yang menawarkan harga barangan asas lebih rendah akan diperluas ke 10 lagi cawangannya di DUN lain tahun ini.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619