AGENDA

Selangor FC bangunkan bakat tempatan, tingkat prestasi pasukan

10 Jul 2025, 4:44 AM
Selangor FC bangunkan bakat tempatan, tingkat prestasi pasukan
Selangor FC bangunkan bakat tempatan, tingkat prestasi pasukan

SHAH ALAM, 10 JULAI: Kelab bola sepak Selangor (Selangor FC) mengambil pendekatan hybrid terhadap pembangunan bakat tempatan yang menjadi keutamaan kelab bagi mengukuhkan dan meningkatkan prestasi pasukan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata konsep itu lebih mampan dan memelihara kebanggaan serta identiti pasukan di kalangan rakyat berbanding pengambilan pemain warisan berkualiti di Eropah.

“Pemain warisan semestinya meningkatkan kualiti pasukan Selangor namun ia akan meningkatkan jumlah perbelanjaan pasukan dengan mendadak serta memberi kesan negatif kepada imej bola sepak tempatan.

“Program pembangunan jurulatih, pengadil dan pasukan bola sepak amatur serta penganjuran liga peringkat negeri yang sistematik pelbagai peringkat umur oleh FAS telah membina asas kukuh untuk mengembangkan bakat tempatan.

[caption id="attachment_708941" align="alignleft" width="500"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi ketika sidang media selepas majlis perasmian Selangor Future Cup 2025 di Aeon Shah Alam pada 22 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Selangor FC pula memberi penekanan terhadap program pencarian bakat serta pembangunan jurulatih tempatan elit serta bertaraf antarabangsa,” katanya pada Sidang Dewan Negeri di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, Selangor FC menjalinkan hubungan strategik bersama kelab bola sepak profesional di Eropah dan Asia bagi membolehkan pemain tempatan mendapat pendedahan.

“Ia juga ruang untuk pemain tempatan terbaik Selangor FC menjalani latihan dan mendapat pendedahan bertaraf antarabangsa di kelab tersebut bagi merapatkan jurang di antara pemain tempatan dan pemain asing.

“Pelbagai inisiatif dan penyelarasan perlu dibuat pada peringkat akar umbi agar jurang perbezaan kualiti di antara pemain warisan dan tempatan dapat dikurangkan,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619