EXCO

EXCO: Kes denggi Selangor turun 66.1 peratus, tindakan bersepadu berkesan

10 Jul 2025, 3:59 AM
EXCO: Kes denggi Selangor turun 66.1 peratus, tindakan bersepadu berkesan
EXCO: Kes denggi Selangor turun 66.1 peratus, tindakan bersepadu berkesan

SHAH ALAM, 10 JULAI: Jumlah kumulatif kes demam denggi di Selangor bagi tempoh Januari hingga Julai 2025 menurun 66.1 peratus (26,628 kes) berbanding tempoh sama tahun lalu.

EXCO kesihatan awam berkata sepanjang tempoh itu 13,685 kes dilaporkan berbanding 40,313 kes pada 2024.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, lima kes kematian denggi direkodkan berbanding 12 dalam tempoh sama tahun lalu.

“Penurunan kes hasil komitmen bersepadu antara Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan program pengawalan dan pencegahan denggi secara menyeluruh di peringkat lokaliti.

[caption id="attachment_709338" align="alignleft" width="500"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ditemui ketika Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas 2025 di Wisma Dewan Annex, Shah Alam pada 8 Julai 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Sejak awal tahun ini, Kerajaan Negeri melaksanakan program Kesedaran Denggi, gotong-royong, operasi denggi bersepadu dan memperkasakan peranan penduduk setempat melalui badan sukarelawan,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad yang ingin mengetahui kempen kesedaran dijalankan Kerajaan Selangor bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pencegahan penyakit denggi di Sidang Dewan Negeri di sini, hari ini.

Jamaliah berkata, Kerajaan Negeri akan terus mempergiat usaha melaksanakan kempen kesedaran awam berkaitan pencegahan denggi dalam kalangan komuniti setempat.

“Langkah ini bertujuan untuk memastikan bilangan kes demam denggi di Selangor terus mencatatkan penurunan dan mencapai matlamat jangka panjang iaitu sifar kes kematian akibat denggi,” ujarnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619