AGENDA

Angka korban di Gaza meningkat kepada 57,575 orang, lebih 136,000 cedera

9 Jul 2025, 1:17 AM
Angka korban di Gaza meningkat kepada 57,575 orang, lebih 136,000 cedera

GAZA, 9 JULAI: Angka korban di Semenanjung Gaza mencecah 57,575 orang, majoritinya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan Israel pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 136,879 orang lagi cedera dalam tempoh itu.

Sumber perubatan mengesahkan, sejak Israel melanggar perjanjian gencatan senjata dan menyambung semula serangan ke atas Gaza pada 18 Mac, sekurang-kurangnya 7,013 orang awam terbunuh dan 24,838 orang cedera.

Dalam tempoh 24 jam lalu, lapan pencari bantuan maut dan lebih 74 orang cedera, ketika cuba mendapatkan keperluan asas. Ini menjadikan jumlah pencari bantuan yang terkorban setakat ini kepada 766 orang, dengan lebih 5,044 orang cedera, menurut rekod hospital.

Sumber juga melaporkan 52 mayat, termasuk tiga yang ditemukan di bawah runtuhan, serta 452 individu cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam.

Angka itu dianggap belum lengkap, kerana ramai lagi mangsa dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan tidak dapat diselamatkan oleh pasukan perubatan dan penyelamat.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619