EXCO

EXCO: 1,978 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung sejak 2018

8 Jul 2025, 6:56 AM
EXCO: 1,978 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung sejak 2018
EXCO: 1,978 pesakit terima manfaat skim rawatan jantung sejak 2018

Oleh: Nur Azyyati Omar

SHAH ALAM, 8 Julai: Seramai 1,978 pesakit menerima manfaat melalui program Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor (SRJNS) dari 2018 hingga Mei lalu.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata skim berkenaan membantu rakyat khususnya golongan B40 dan M40 mendapatkan rawatan jantung kritikal tanpa menanggung kos tinggi.

"Skim ini membantu ribuan rakyat untuk mendapatkan rawatan segera tanpa bebankan kos pesakit malah turut menerima maklum balas positif daripada ahli keluarga.

[caption id="attachment_709112" align="aligncenter" width="1111"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin ketika menjawab soalan wakil rakyat dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor pada 7 Julai 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR [/caption]

"Ia bukan sahaja meringankan beban kewangan, malah menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup pesakit," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Seri Serdang Abbas Salimmi Che Adzmi @ Azmi berhubung keberkesanan dan capaian program tersebut kepada rakyat.

Mengulas lanjut Jamaliah berkata, selain rawatan, skim itu juga menyediakan komponen pra saringan percuma bagi mengesan risiko penyakit jantung di peringkat awal melalui permohonan di bawah Kategori A.

Katanya, inisiatif itu membolehkan intervensi awal dilakukan seterusnya mengurangkan komplikasi kesihatan dan menyelamatkan nyawa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619