ad
AGENDA

Guru tadika hilang RM100,000, terperangkap janji hadiah bertuah

8 Jul 2025, 3:05 AM
Guru tadika hilang RM100,000, terperangkap janji hadiah bertuah

SHAH ALAM, 8 JULAI: Seorang guru tadika berputih mata apabila kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya dengan sindiket tawaran kerja dalam talian yang rupa-rupanya palsu.

Mangsa berusia 32 tahun itu pada mulanya menerima panggilan telefon pada 20 Jun lalu daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya pemenang bertuah dan kononnya telah dihantar hadiah barangan dapur pada 28 Jun, lapor Berita Harian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata suspek meminta nombor akaun TNG e-Wallet mangsa kononnya untuk memindahkan ganjaran RM8.

"Kemudian mangsa diberi tugasan menekan pautan berkenaan produk dan 'follow', serta dijanjikan ganjaran lain.

"Mangsa kemudian membuat beberapa pindahan wang kepada individu berkenaan atas dasar tugasan dan juga denda kerana lambat melaksanakan tugasan yang diberikan itu," katanya.

Menurutnya, pemindahan wang berlaku antara 1 hingga 3 Julai lalu dan pada 4 Julai mangsa diminta membuat pindahan tambahan wang berjumlah RM75,000 oleh individu berkenaan.

Berbekalkan wang yang ada mangsa kemudian membuat bayaran deposit kepada lima akaun bank berbeza.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.