AGENDA

PM ucap takziah, sedih tragedi enam beranak maut di Kedah

7 Jul 2025, 1:44 PM
PM ucap takziah, sedih tragedi enam beranak maut di Kedah

KUALA LUMPUR, 7 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga enam beranak yang ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Sungai Korok, dekat Jitra, Kedah, hari ini.

Menerusi hantaran di platform X, Anwar turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa diberikan ketabahan menghadapi ujian berat itu.

"Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati melibatkan enam sekeluarga ini.

"Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.

Tragedi menyayat hati itu membongkar misteri kehilangan enam beranak sejak Sabtu lalu, selepas waris mengesahkan identiti mayat yang ditemukan dalam kereta Pfroton Iswara yang tenggelam di sungai berkenaan.

Mangsa dikenal pasti sebagai pasangan suami isteri, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, bersama empat anak mereka, Putra Rayyan Nur Izzat, 9; Hawa Adriana Nur Izzat, 8; Annayla Humaira Nur Izzat, 7; dan Tuah Haydar, enam bulan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619