AGENDA

Bot karam: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan, lima masih hilang

6 Jul 2025, 1:01 PM
Bot karam: Mayat kanak-kanak lelaki ditemukan, lima masih hilang

MUKAH, 6 JULAI: Seorang lagi mangsa bot karam di perairan Pantai Belawai dekat Kampung Belawai ditemukan hari ini, menjadikan jumlah kematian lima orang setakat ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mayat kanak-kanak lelaki yang belum diketahui identiti itu ditemukan pada 6 petang kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian.

“Status terkini mangsa bot karam ialah lima disahkan meninggal dunia, lima masih hilang dan tujuh terselamat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang masih hilang terdiri daripada lima lelaki dewasa.

Operasi mencari dan menyelamat dalam radius tiga kilometer dari lokasi kejadian ditangguhkan pada 6.40 petang tadi dan bersambung esok.

Dalam kejadian pada 2.11 petang semalam, bot gentian fiber membawa 17 penumpang warga Indonesia dari Jeti Nelayan Kampung Belawai ke Jeti Ladang Kelapa Zion Pelita dilaporkan karam.

Tujuh mangsa terselamat terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki, manakala empat yang ditemukan meninggal dunia ialah dua wanita dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619