AGENDA

Pelajar OKU dakwa dicabul guru

6 Jul 2025, 9:18 AM
Pelajar OKU dakwa dicabul guru

SEREMBAN, 6 JULAI: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual berusia 16 tahun mendakwa dicabul seorang guru di sebuah sekolah di Rembau Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau Supt Hasani Hussain berkata pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PKKI) itu membuat laporan pada 5.15 petang semalam, mendakwa kejadian berkenaan dilakukan guru lelaki berusia 36 tahun.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 10.40 pagi, 5 Mei lalu ketika mangsa sakit kaki selepas aktiviti merentas desa.

“Guru itu didakwa mengurut kaki pelajar berkenaan dari tapak kaki sampai ke paha, sehingga mangsa berasa guru itu tersentuh bahagian sensitifnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasani berkata mangsa memberitahu kejadian itu kepada seorang guru lain pada 30 Jun.

Beliau berkata suspek ditahan kira-kira 10 malam tadi di Rembau, namun dia menafikan terlibat dalam kes berkenaan.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619