AGENDA

Lelaki maut dipercayai ditendang lembu, tercampak ke sungai

6 Jul 2025, 9:01 AM
Lelaki maut dipercayai ditendang lembu, tercampak ke sungai

HULU SELANGOR, 6 JULAI: Seorang lelaki maut dipercayai ditendang seekor lembu sebelum tercampak ke dalam sungai di Ladang Batu 2, Kerling, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 pagi apabila mangsa berusia 53 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sungai berhampiran ladang sawit berkenaan oleh seorang pekerja ladang warga Indonesia.

"Penolong Pegawai Perubatan yang dimaklumkan mengenai kejadian segera ke lokasi dan mendapati mangsa masih mempunyai nadi.

"Bantuan pernafasan (CPR) diberikan kepada mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

Katanya, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan luka pada dahi mangsa dan pihak hospital telah menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

"Bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan otak traumatik teruk berpunca jatuh dari tempat tinggi," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619