ad
AGENDA

Piala Negara CAFA: Malaysia diundi kumpulan bersama Iran, Tajikistan, Afghanistan

3 Jul 2025, 8:54 PM
Piala Negara CAFA: Malaysia diundi kumpulan bersama Iran, Tajikistan, Afghanistan
Piala Negara CAFA: Malaysia diundi kumpulan bersama Iran, Tajikistan, Afghanistan

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama pasukan ranking ke-18 dunia Iran pada Kejohanan Piala Negara-Negara Persatuan Bola Sepak Asia Tengah (CAFA) 2025 yang bakal berlangsung pada Ogos ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan memaklumkan selain Iran, skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski yang berada di tangga ke-131 dunia turut berdepan tuan rumah Tajikistan (ranking ke-104 dunia) dan Afghanistan (ke-160).

Mengikut jadual, Malaysia bakal membuka kempen menentang Tajikistan pada 29 Ogos, diikuti aksi bertemu Iran pada 1 Sept dan Afghanistan pada 4 Sept dengan ketiga-tiga perlawanan berlangsung di Dushanbe, Tajikistan.

“Sementara Kumpulan A pula berlangsung di Tashkent, Uzbekistan dengan menampilkan empat lagi pasukan iaitu tuan rumah Uzbekistan, Republik Kyrgyz, Turkmenistan dan Oman,” menurut kenyataan itu.

Hanya juara setiap kumpulan layak ke perlawanan akhir yang dijadual berlangsung di Tashkent pada 8 Sept, manakala naib juara kumpulan berentap bagi penentuan tempat ketiga di Dushanbe pada tarikh sama.

Selepas kejohanan itu, Malaysia akan menyambung baki saingan Kumpulan F bagi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Vientiane pada 9 Okt dan di sini (14 Okt) sebelum bertemu Nepal di Kathmandu (18 Nov) dan berdepan Vietnam di tempat lawan pada Mac tahun depan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.