AGENDA

Suami isteri ditahan terlibat kegiatan pelacuran, edar video lucah

2 Jul 2025, 8:27 PM
Suami isteri ditahan terlibat kegiatan pelacuran, edar video lucah

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Pasangan suami isteri ditahan di sebuah hotel di Shah Alam dekat sini semalam (Selasa) selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran dan pengedaran video lucah melalui aplikasi media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pasangan warga tempatan berkenaan yang masing-masing berusia 34 tahun, diberkas pada 8 malam semalam oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas tiga telefon bimbit, dua kondom, seunit tiub pelincir, sepeket tisu basah, sehelai tuala mandi serta sekeping kad akses.

Rusdi berkata siasatan awal mendapati, si suami (suspek lelaki) berperanan sebagai pencipta kandungan dengan mempromosikan penjualan video lucah yang dilakonkan oleh isterinya dan pelanggan, serta menjalankan aktiviti pelacuran untuk mendapatkan keuntungan hasil daripada penjualan video lucah dan pelacuran.

“Isteri lelaki itu yang berperanan sebagai pelacur yang akan membantu dalam melariskan perjualan video lucah dengan memainkan watak utama dalam video yang dihasilkan dan mampu memperolehi pendapatan sehingga RM6,400 seminggu.

“Pasangan ini menyasarkan pelanggan yang mempunyai aplikasi X untuk membeli video lucah mereka dan aktiviti pelacuran yang diuruskan oleh suspek dengan menggunakan aplikasi Telegram sebagai medium mesej perbualan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rusdi berkata bayaran yang dikenakan bagi langganan seks ialah antara RM450 hingga RM800 di sebuah hotel bertaraf empat bintang, manakala untuk penjualan video lucah dalam aplikasi Telegram sebanyak RM50 dan RM150 bagi Private Channel Limited Content dan Private Channel VVIP Unlimited Content.

“Pasangan berkenaan direman selama tiga hari sehingga Jumaat ini (4 Julai) dan kes disiasat mengikut Seksyen 372(1), Seksyen 372B dan Seksyen 372A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619