ad
AGENSI

Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah

2 Jul 2025, 3:44 PM
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah
Kebakaran tapak lupus sampah, tindakan tegas jika salah guna tanah

HULU SELANGOR, 2 JULAI: Siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti status tapak pelupusan sampah di Jalan Monorail, Sungai Choh seluas 2.5 ekar, yang terbakar sejak minggu lalu.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad berkata pihak berkaitan sedang mengumpul maklumat dari aspek status guna tanah, pelesenan dan sama ada pelupusan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.

"Siasatan awal mendapati tapak pelupusan sampah ini ada pemilikan sebuah syarikat. Namun, kita sedang kumpul maklumat adakah mereka berlesen, dan jika ada sekali pun teknik digunakan untuk pelupusan ikut prosedur atau sebaliknya.

“Saya akan merujuk perkara ini kepada pejabat tanah untuk mendapatkan status tanah. Jika ada kesalahan kita akan pastikan pihak berkaitan bertanggungjawab daripada segi kos, gerak kerja selain didakwa mengikut undang-undang,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_708131" align="aligncenter" width="701"] Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad diberi taklimat operasi pemadaman kebakaran oleh Ketua Balai Bomba Bukit Sentosa Kamil Hamadan ketika meninjau tapak pelupusan sampah yang terbakar di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau berkata fokus utama adalah memastikan api dan haba dari bawah tanah dapat dihentikan supaya tidak memberi kesan kepada penduduk setempat termasuk sekolah antarabangsa yang terletak berhampiran kawasan tersebut.

"Kita akan menghantar sukarelawan Team Selangor membantu bomba jika terdapat kerja-kerja lain yang diperlukan. Kita juga akan mengusahakan bantuan jentera lain bagi memudahkan kerja pengorekan sekali gus mempercepat operasi pemadaman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Bukit Sentosa Kamil Hamadan berkata pasukannya mengalami kesukaran memadam api kerana masih terdapat bahang dan nyalaan daripada bawah tanah.

“Kebanyakan sisa dibuang adalah sampah pukal dan setinggi lebih 20 kaki, jika dianggarkan seakan-akan rumah teres dua tingkat. Bomba terpaksa menggunakan kaedah korek bagi buat laluan sebelum pemadaman terus.

“Haba bawah tanah menyebabkan kita alami kesukaran dan dengan adanya jentera mempercepatkan kami buat pemadaman. Pemadaman api kini dibuat di kiri dan kanan tapak dan tinggal 35 peratus sahaja,” katanya.

[caption id="attachment_708137" align="aligncenter" width="700"] Api masih marak membakar di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708133" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba giat memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708134" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba giat memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708138" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba giat memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708139" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba giat memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708135" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba giat memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708149" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba melakukan rondaan bagi mengelak api merebak ke kawasan lain di di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_708140" align="aligncenter" width="700"] Pasukan bomba berjaya mengelak kebakaran merebak ke kawasan lain di di tapak pelupusan sampah di Jalan Monorel Serendah pada 2 Julai 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.