AGENDA

Elak kebakaran paip gas berulang, Selangor lantik pakar rangka polisi baharu

1 Jul 2025, 3:37 PM
Elak kebakaran paip gas berulang, Selangor lantik pakar rangka polisi baharu

Oleh Ufairah Tarmidzi

HULU LANGAT, 1 JULAI: Beberapa pakar khususnya dalam bidang perundangan dilantik menganggotai jawatankuasa khas yang berperanan merangka polisi baharu untuk mengelak kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights berulang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jawatankuasa khas akan meneliti aspek perundangan yang boleh dikuatkuasakan sama ada melalui undang-undang kecil, syarat baharu dalam unit pusat Setempat (OSC), enakmen negeri atau akta.

"Itu salah satu daripada terma rujukan ataupun satu antara tugas-tugas jawatan kuasa khas berkenaan, untuk melihat sudut ataupun bingkai perundangan yang boleh dikuatkuasakan.

“Langkah ini sebahagian daripada proses pembelajaran dan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap insiden tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum kerjasama (MoC) bersama tiga rakan strategik iaitu Universiti Selangor (Unisel), Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) serta Central Spectrum (M) Sdn Bhd (CSSB) di Loji Rawatan Air Langat 2 disini hari ini.

Semalam, beliau memaklumkan Kerajaan Negeri akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mencadangkan pembaharuan undang-undang susulan pembentangan laporan punca letupan Putra Heights tersebut.

Jawatankuasa itu akan diketuai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), disertai Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kerja Raya (JKR), bomba dan polis.

Insiden kebakaran paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celcius sehingga mengakibatkan 81 rumah musnah, 57 terkesan tanpa terbakar manakala 218 rumah lagi tidak terjejas.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619