AGENDA

Fadil Marsus pangku jawatan pengarah JSJ Bukit Aman

30 Jun 2025, 1:50 PM
Fadil Marsus pangku jawatan pengarah JSJ Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Fadil Marsus akan memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman berkuat kuasa esok.

Ini susulan pertukaran Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula pada tarikh sama.

Majlis serah terima tugas yang diadakan di Dewan Theatrette, Bukit Aman di sini itu disaksikan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Mohd Khalid dalam ucapannya berkata pelantikan Mohd Shuhaily merupakan satu penghormatan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana diberi kepercayaan untuk mengetuai satu lagi agensi yang begitu penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal.

“Jadi ini bukan perkara kecil dan saya percaya ia satu amanah berat yang perlu dilaksanakan oleh beliau. PDRM secara terbuka akan memberikan sokongan padu serta tidak berbelah bahagi untuk memastikan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan dengan baik serta berkesan,” katanya.

Mohd Shuhaily dalam ucapannya pula berkata beliau berterima kasih kepada semua warga PDRM khususnya pasukan JSJ yang memberi dorongan dan sokongan sepanjang satu tahun 11 bulan menggalas jawatan Pengarah JSJ.

“Ini bukanlah selamat tinggal, tetapi jendela baharu dalam kerjaya saya. Sinergi di antara PDRM dan AKPS adalah pemangkin utama untuk menjayakan hasrat kerajaan dalam mengawal sempadan negara,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619