AGENDA

Kanak-kanak 11 tahun cedera kepala, tangan disyaki dipukul bapa

29 Jun 2025, 8:17 PM
Kanak-kanak 11 tahun cedera kepala, tangan disyaki dipukul bapa

MELAKA, 29 JUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera di kepala serta lebam pada tangan kiri dipercayai dipukul bapanya di sebuah rumah di Taman Cheng Baru di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ibu mangsa berusia 38 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada 9.11 malam tadi.

"Pengadu yang juga seorang guru tuisyen memaklumkan pada hari kejadian kira-kira 10.30 malam dia pulang ke rumah dan mendapati kepala anaknya telah berbalut.

"Suaminya mengatakan dia memukul mangsa kerana kanak-kanak itu didakwa berbohong," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Christopher berkata ibu mangsa bertindak membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan anaknya dan bagi merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa berkaitan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619