AGENDA

Sultan Selangor berkenan lawat tapak, galeri pelukis tersohor Yusof Ghani

28 Jun 2025, 2:03 PM

SHAH ALAM, 28 JUN: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berangkat melawat Galeri TAPAK, milik pelukis dan pengkarya seni tersohor Yusof Ghani di Seksyen 8 di sini.

Baginda meluangkan masa hampir 40 minit melihat hasil karya pelukis kelahiran Johor itu yang telah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni tempatan dan antarabangsa.

Antara lukisan popular Yusof yang dipamerkan di galeri yang dibuka sejak 2009 dan menarik perhatian baginda adalah Segerak, Biring, Wajah dan Ombak.

Sultan Sharafuddin yang juga penggemar karya seni lukis turut berkenan melancarkan buku mengandungi karya terbaharu Yusof iaitu ‘Cenderawasih Energy and Emotion’ yang dihasilkan pada 2022.

Baginda turut berkenan menyaksikan Yusof melakukan demonstrasi melukis karya terbaharunya itu yang diinspirasikan daripada burung Cenderawasih.

Yusof merupakan pelukis tersohor negara yang memulakan kariernya pada awal 1980-an.

Hasil lukisan beliau pernah dipamerkan dalam pelbagai pameran seni antarabangsa termasuk di Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun, United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Kanada.

Selain Segerak, Biring, Wajah dan Ombak, lukisan popular beliau yang lain seperti Tari, Protest, Topeng, Wayang serta Hijau. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619