ad
ADN

Wakil rakyat Kota Kemuning bawa isu banjir, kebajikan rakyat ke DNS Julai ini

28 Jun 2025, 9:00 AM
Wakil rakyat Kota Kemuning bawa isu banjir, kebajikan rakyat ke DNS Julai ini

SHAH ALAM, 28 JUN: Isu pengurusan banjir dan kebajikan rakyat antara usul utama yang bakal dibawa oleh Ahli Dewan Negeri Kota Kemuning dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Julai ini.

Menurut S Preakas, pengurusan bantuan kepada mangsa banjir, khususnya di kawasan Kota Kemuning dan Taman Sri Muda, perlu disusun semula agar lebih cekap dan sistematik.

“Kita perlu fikir kaedah terbaik menangani isu ini, terutama dari segi mempercepatkan agihan bantuan. Ada kes mangsa perlu tunggu sehingga empat bulan untuk terima bantuan kewangan.

“Bayangkan dalam sebulan, rumah penduduk dilanda banjir berulang kali. Mereka alami kerugian besar, tetapi bantuan yang diterima lambat dan tidak mencukupi,” katanya kepada Media Selangor.

Preakas turut memberi perhatian kepada isu kebajikan masyarakat India, termasuk cabaran memiliki Rumah Selangorku yang masih belum ditangani sepenuhnya.

Beliau juga akan membangkitkan isu ketidakseimbangan antara perkhidmatan dan cukai taksiran yang dibayar oleh penduduk.

“Ada yang persoal kenapa jalan berlubang tak diturap, sampah lambat dikutip, tetapi dalam masa sama kadar cukai dinaikkan. Perkara ini perlu dijelaskan dan ditangani dengan adil,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.