AGENDA

Tidak bukti kukuh sukarkan pendakwaan kes 'orang ketiga'

27 Jun 2025, 4:06 PM
Tidak bukti kukuh sukarkan pendakwaan kes 'orang ketiga'
Tidak bukti kukuh sukarkan pendakwaan kes 'orang ketiga'

SHAH ALAM, 27 JUN: Ketiadaan bukti dan keterangan kukuh menyukarkan proses pendakwaan kes gangguan rumah tangga angkara orang ketiga, kata Peguam Syarie dan Perunding Perundangan Islam Fahmi Ramli.

Katanya, jarang ada pendakwaan di mahkamah syariah meski wujud peruntukan undang-undang termasuk di Selangor iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

"Sehingga kini tiada kes seumpamanya yang berjaya dibawa ke peringkat pendakwaan, walaupun undang-undang berkaitan memang wujud. Namun, prosesnya perlu dimulakan melalui penguatkuasa agama.

[caption id="attachment_707305" align="alignleft" width="344"] Peguam Syarie dan Perunding Perundangan Islam Fahmi Ramli[/caption]

"Kebanyakan kes melibatkan hubungan atas dasar suka sama suka, menjadikan dakwaan gangguan rumah tangga sukar untuk dibuktikan dan diambil tindakan. Sebaik-baiknya, simpan segala bukti yang ada dan teruskan sahaja membuat aduan," katanya kepada Media Selangor, baru-baru ini.

Namun, Fahmi yakin enakmen atau peruntukan sedia ada boleh dipinda termasuk diperketat jika semakin banyak aduan dikemukakan berserta bukti dan keterangan kukuh.

"Saya berpegang kepada prinsip bahawa undang-undang tetap perlu ditegakkan. Apabila semakin banyak aduan dikemukakan, saya percaya tekanan awam akan mendorong pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan memohon pindaan sewajarnya kerana tanpa tekanan, isu ini sukar diberi perhatian," katanya.

Beliau menjelaskan, kebanyakan penyelesaian kes melibatkan orang ketiga cenderung kepada cerai melalui hakam berikutan konflik berterusan atau shiqaq dalam sesebuah rumah tangga.

Menerusi hakam, mahkamah masih boleh menilai keadaan dan membuat keputusan walaupun tiada bukti yang kuat sekali gus menyelamatkan pihak yang teraniaya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619