AGENDA

Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan hotel

26 Jun 2025, 1:47 PM
Wanita maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan hotel

SEREMBAN, 26 JUN: Wanita maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di Port Dickson, dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Pegawai Kanan Penguasa Bomba Mohd Kamal Mohd Timar berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita berusia 26 tahun itu pada 6.35 petang.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat lapan terus ke balkoni tingkat satu hotel berkenaan. Pasukan operasi melakukan kerja penyelamatan dengan menggunakan busket strecther hingga selesai.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619